RUJUKAN
116508

PENUTUP MODEL
Oyster, 40 mm, emas kuning

BEZEL
Tetap, ditoreh dengan skala tachymetric dalam 18 karat emas kuning

KALIS AIR
Kalis air sehingga 100 meter / 330 kaki

MEKANISME
Perpetual, kronograf mekanikal, automatik

KALIBER
4130, Buatan Rolex

RIZAB KUASA
Lebih kurang 72 jam

RANTAI
Oyster, penghubung keping tiga rata

DAIL
Meteorit dan hitam

PENSIJILAN
Superlatif kronometer (COSC + Pensijilan Rolex selepas dibuka)

METEORIT DAN DAIL HITAM

Meteorit datangnya daripada pusat asteroid atau mungkin juga dari planet yang telah meletup, menyebabkan bahan-bahan daripadanya tersebar di seluruh sistem solar, sehinggalah ia masuk ke orbit planet kita dan akhirnya ditarik masuk ke bumi oleh graviti. Semasa perjalanannya, pusat meteor itu berubah secara beransur-ansur dan menghasilkan corak metalik yang sangat luarbiasa disebabkan oleh penyejukan teras asteroid yang sangat perlahan. Pereka-pereka di Rolex mengambil konfigurasi ini dalam penciptaan khazanah yang unik untuk beberapa model yang berprestij, termasuk model Cosmograph Daytona ini.

SKALA TACHYMETRI

Dengan skala tachymetri, tiga pembilang dan penekannya, Cosmograph Daytona direka bentuk untuk menjadi alat pemasa muktamad bagi pemandu perlumbaan ketahanan. Bezel mempunyai skala tachymetri untuk membaca kepantasan purata bagi jarak tertentu berdasarkan masa berlalu. Skala ini menawarkan keterbacaan yang optimum, menjadikan Cosmograph Daytona sebagai instrumen yang ideal untuk mengukur kepantasan sehingga 400 unit sejam yang dinyatakan dalam kilometer atau batu.

EMAS KUNING 18 KARAT

Dengan mengendalikan faundri eksklusif milik sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk menghasilkan aloi emas 18 karat yang berkualiti tinggi. Mengikut bahagian yang terdapat pada perak, tembaga, platinum atau paladium tambahan, beberapa jenis emas 18 karat boleh dihasilkan: kuning, merah jambu atau putih. Mereka diperbuat hanya daripada logam yang paling tulen dan diperiksa dengan teliti di makmal dalaman dengan menggunakan kelengkapan yang paling canggih. Perhatian kepada kualiti yang sama juga akan diberikan sebelum emas dibentuk dan direka. Komitmen kecemerlangan Rolex bermula daripada sumbernya.