Rolex
GMT-Master II
40 mm, Rolesor Everose - kombinasi Oystersteel dan emas Everose
M126711CHNR-0002
M126711CHNR-0002
Rujukan
126711CHNR
Penutup model
Oyster, 40 mm, Oystersteel dan emas Everose
Kalis-air
Kalis air hingga 100 meter / 330 kaki
Bezel
Bezel dwiarah boleh gilir senggatan 24 jam. Dua warna perang dan sisipan Cerachrom hitam dalam seramik, dibentu angka-angka dan senggatan
Dail
Hitam
Rantai
Oyster, pautan tiga keping padat
Mekanisme
Perpetual, mekanikal, automatik, fungsi GMT
Kaliber
3285, Buatan Rolex
Rizab kuasa
Lebih kurang 70 jam
Pensijilan
Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Bezel Boleh Putar 24 Jam
Model ini mempunyai permukaan hitam dan Sisipan bezel cerachrom dalam seramik perang dan hitam dua warna. Di samping jarum jam, minit dan saat konvensional, GMT-Master II mempunyai satu jarum jam berbentuk segi tiga susuh yang berputar mengelilingi permukaan sekali setiap 24 jam dan satu bezel boleh putar dwiarah bersenggat 24 jam. Jarum 24 jam yang mempunyai warna tersendiri memaparkan waktu rujukan di “tempat asal” dalam zon waktu pertama yang boleh dibaca pada senggatan bezel. Waktu tempatan pengembara mudah ditetapkan dengan “melompat” dari jam ke jam kerana mekanisme cerdas yang dikendalikan melalui putaran jam: jarum jam boleh diselaraskan ke depan atau belakang secara bebas daripada jarum minit dan saat. Ini membolehkan pengembara menyesuaikan diri dengan zon waktu baharu mereka tanpa menjejaskan ketepatan waktu mereka.
Permukaan hitam
Sepertimana jam tangan Profesional Rolex yang lain, GMT-Master II menawarkan keterbacaan luar biasa dalam semua keadaan terutamanya dalam kegelapan disebabkan adanya paparan Chromalight. Jarum dan penanda jam yang lebar dalam bentuk yang ringkas – segi tiga, bulatan, segi empat tepat – diisi dengan bahan pendarkilau yang memancarkan cahaya berpanjangan.
Rolesor Everose
Emas menjadi idaman kerana kilauan dan keunggulannya. Keluli menguatkan ketahanan dan kebolehpercayaan. Gabungan bahan ini sebati secara harmoni dengan sifat terbaik masing-masing. Tanda pengenalan Rolex yang sebenar, Rolesor telah ditampilkan pada model-model Rolex sejak awal 1930-an dan ditandakan sebagai nama dagangan pada tahun 1933. Ini merupakan tonggak koleksi Oyster.
Ketersediaan model
Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini.
Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas mengurus pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.
Chung Fatt Kee berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.
Teruskan meneroka
Teruskan meneroka