Temui Bilik Pameran Rolex Chung Fatt Kee kami

Rolex at Chung Fatt Kee
Rolex Rolex di Chung Fatt Kee Bilik pameran Rolex kami
Rolex at Chung Fatt Kee Rolex at Chung Fatt Kee
Bilik pameran Rolex kami
Penubuhan Chung Fatt Kee didorong dengan motivasi serta kesungguhan yang tinggi. Menerusi semangat, kerja keras dan dedikasi, pengasas Chung Lai Chan berganjak posisi dari pekerja di sebuah kedai jam kecil lantas maju mengasaskan perniagaan Chung Fatt Kee hari ini. Secara tidak langsung, menjadi salah satu nama yang dipercayai bagi memegang rangkaian Peruncit Rasmi Rolex di Malaysia Timur. Chung Fatt Kee menawarkan ruang butik yang mesra kepada pelanggan Rolex dengan khidmat layanan yang berkualiti lagi tulus.
Rolex at Chung Fatt Kee
Dunia Rolex
Chung Fatt Kee menawarkan kepelbagaian jam tangan Rolex yang mengagumkan, dari koleksi Klasik dan Profesional. Deretan himpunan jam tangan ini dipersembahkan dalam persekitaran yang sofistikated lagi nyaman dan mesra pelanggan. Meluangkan masa di sudut Rolex bakal mengapungkan pelanggan dalam dunia horologi asal Geneva lantas menyelami sejarah ketukangan yang diperkaya dengan warisan. Model Oyster Perpetual yang ikonik terjalin erat dengan sejarah jam tangan Oyster, di mana ia merupakan jam tangan kalis air pertama ciptaan Rolex. Kesepaduan jam tangan Rolex yang diolah moden ini menjulang simbol prestij yang tidak dapat ditandingi berserta gaya yang tidak akan lekang oleh waktu. Perjalanan horologi anda ke dunia Rolex bermula di Chung Fatt Kee.

Chung Fatt Kee penuh rasa bangga dan hormat menjadi sebahagian daripada rangkaian global Peruncit Rasmi Rolex, yang mana diperankan tanggungjawab untuk menjual serta menyelenggara jam tangan Rolex. Berbekalkan pengalaman lebih dari 60 tahun, pasukan di belakang Chung Fatt Kee cukup bersemangat dalam memperjuangan seni dan warisan horologi. Lantas, berusaha untuk menegakkan inti pati Rolex. Izinkan rakan jualan profesional lagi mesra kami untuk terokai pengalaman Rolex anda. Rolex at Chung Fatt Kee
Simblo Keeleganan
Mengambil lokasi di 13 Jalan Pantai, Chung Fatt Kee terletak di nadi Kota Kinabalu yang berhampiran dengan hotel-hotel serta perniagaan utama. Juga berdekatan dengan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah. Diubah suai pada tahun 2017, ruang seluas 355 kaki persegi ini diperkemas dengan elemen reka bentuk moden seperti pencahayaan dengan teduhan lampu menyambut kedatangan pelanggan yang mengapungkan cita rasa mewah. Lantas memfokuskan paparan pelbagai pilihan model Rolex dalam kotak pameran elegan yang dilapisi dengan kulit rona beige dengan perincian trim gangsa. Setiap elemen reka bentuk dalaman menampilkan estetika elegan jenama serta memancarkan nilai-nilai kepakaran Rolex. Setia pada Rolex, logo mahkota Rolex dalam kemasan emas berlatarbelakangkan motif gelombang pada dinding menyambut pelanggan saat mereka maju ke sudut Rolex yang terbias anggun lagi selesa.

Kecemerlangan, ketepatan dan perhatian terhadap perincian dikemukakan teliti dari kalibrasi warna dan corak pada perlengkapan dan perabot. Tembok aqua zamrud menjadi titik fokal utama selain menyerlahkan identiti Rolex yang diperkaya dengan warisan ketukangannya. Rona hijau pekat diolah pada penjuru ini bagi menciptakan aksen harmoni dengan palet warna yang segar. Perhatian terhadap perincian ini melambangkan usaha berterusan bagi mengekalkan kecemerlangan tertinggi, yang menjadikan Rolex terkenal dengan kualiti pembuatan jam tangannya.

Bagi memulakan perjalanan Rolex anda, Chung Fatt Kee bukan sahaja merupakan lokasi yang ideal di Malaysia Timur, langsung menghubungkan anda dengan rakan jualan berpengalaman yang terus berusaha untuk memberikan pengalaman pelanggan terbaik di kelasnya. Berbicara saja dengan mana-mana kakitangan kami yang berdedikasi lalu selami wacana horologi mendalam yang bakal membantu anda membuat pilihan bertahan sepanjang hayat anda.
Rolex at Chung Fatt Kee
Teruskan meneroka
Teruskan meneroka
Rolex Crown - Chung Fatt Kee