Rolex
Yacht-Master 42
42 mm, emas kuning 18 karat
M226658-0001
M226658-0001
Rujukan
226658
Penutup model
Oyster, 42 mm, emas kuning
Kalis-air
Kalis air hingga 100 meter / 330 kaki
Bezel
Bezel boleh putar dwiarah bersenggat 60 minit dengan sisipan Cerachrom hitam kusam dalam seramik, angka dan senggatan yang timbul digilap
Dail
Hitam
Rantai
Oysterflex
Mekanisme
Perpetual, mekanikal, automatik
Kaliber
3235, Buatan Rolex
Rizab kuasa
Lebih kurang 70 jam
Pensijilan
Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Rantai Oysterflex
Rantai Oysterflex Yacht-Master baharu, dibangunkan oleh Rolex dan dipatenkan, menawarkan gaya alternatif untuk rantai logam. Rantai ini melekat pada penutup jam tangan manakala pengancing keselamatan Oysterlock menggunakan bilah titanium dan aloi nikel yang mudah lentur. Bilah ini disepadukan dengan elastomer hitam berprestasi tinggi yang sangat tahan terhadap kesan alam sekitar, sangat tahan lama dan bersifat lengai bagi pemakai jam tangan. Untuk meningkatkan keselesaan, bahagian dalam rantai Oysterflex dilengkapi dengan sistem kusyen membujur yang dipatenkan yang menstabilkan jam tangan pada pergelangan tangan dan dipasang dengan pengancing keselamatan Oysterlock Emas kuning 18 karat. Rantai ini juga bercirikan sistem sambungan Glidelock Rolex yang direka oleh Rolex dan dipatenkan. Mekanisme bergigi inventif yang disepadukan di bawah pengancing ini membolehkan pelarasan halus bagi panjang rantai sebanyak kira-kira 15 mm dengan peningkatan sekitar 2.5 mm tanpa menggunakan alatan.
Emas kuning 18 karat
Dengan mengendalikan faundri eksklusif sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk menghasilkan aloi emas 18 karat yang berkualiti tinggi. Mengikut perkadaran perak, tembaga, platinum atau paladium yang ditambahkan, pelbagai jenis emas 18 karat boleh diperolehi: kuning, merah jambu atau putih. Emas 18 karat ini diperbuat hanya daripada logam yang paling tulen dan diperiksa dengan teliti di makmal dalaman dengan menggunakan kelengkapan yang paling canggih sebelum emas dihasilkan dan dibentuk dengan perhatian sama yang cermat dan teliti terhadap kualiti. Komitmen Rolex terhadap kecemerlangan bermula daripada sumbernya.
Bezel boleh putar dwiarah
Bezel boleh putar dwiarah bersenggat 60 minit Yacht-Master diperbuat sepenuhnya daripada logam berharga atau dipasang dengan sisipan Cerachrom dalam seramik berteknologi tinggi. Angka dan senggatan yang timbul dan digilap jelas menonjol dengan permukaan jam yang kusam dan berpasir. Bezel berfungsi ini – yang membolehkan pemakai mengira, sebagai contoh, masa pelayaran di antara dua boya – juga merupakan komponen penting dalam identiti visual khas model.
Ketersediaan model
Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini.
Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas mengurus pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.
Chung Fatt Kee berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.
Teruskan meneroka
Teruskan meneroka