Rolex Explorer

Plak Peruncit Rasmi Rolex - Chung Fatt Kee
Rolex Explorer m224270-0001 - Chung Fatt Kee Rolex Explorer m224270-0001 - Chung Fatt Kee
Explorer Rolex
Pengembaraan terhebat
Oyster Perpetual Explorer berevolusi daripada penglibatan Rolex yang mendalam dalam penjelajahan.

Rolex Explorer 36 in Oyster, 36 mm, Oystersteel

Rolex Explorer 36 in Oyster, 36 mm, Oystersteel dan emas kuning

Rolex Explorer 40 in Oyster, 40 mm, Oystersteel

Dicipta berikutan pendakian Everest yang bersejarah pada tahun 1953, Explorer menawarkan ketepatan kronometri yang luar biasa walaupun dalam keadaan paling ekstrem.

Direka bentuk untuk penerokaan

Mengharungi keadaan ekstrem

Kaliber 3230

Superlative Chronometer Pensijilan

Rolex Explorer - Chung Fatt Kee Rolex Explorer - Chung Fatt Kee
Dicipta berikutan pendakian Everest yang bersejarah pada tahun 1953, Explorer menawarkan ketepatan kronometri yang luar biasa walaupun dalam keadaan paling ekstrem.
Sejak tahun 1930-an, Rolex mula melengkapi pelbagai ekspedisi dengan jam tangan Oyster Perpetual. Maklum balas yang diterima telah digunakan untuk membangunkan ciri yang dikenali sebagai kategori Profesional: jam tangan yang berfungsi sebagai alatan, seperti Explorer. Jam tangan Rolex telah mengambil bahagian dalam beberapa pengembaraan terbesar manusia. Salah satu daripada pengembaraan ini ialah ekspedisi ke Everest pada tahun 1953 yang diketuai oleh Sir John Hunt, iaitu apabila Sir Edmund Hillary dan Tenzing Norgay menjadi manusia pertama yang menakluki gunung tertinggi di dunia.
Rolex Explorer - Chung Fatt Kee Rolex Explorer - Chung Fatt Kee
Direka bentuk untuk penerokaan
Explorer, dilancarkan pada tahun 1953, dibezakan melalui reka bentuk ringkas serta dail hitam yang sangat mudah dibaca dengan penanda jam besar dan angka 3, 6 dan 9 yang tersendiri. Ia merupakan seutas jam tangan alatan yang dicipta untuk memberitahu masa dengan tepat dalam apa jua keadaan. Walaupun dalam kegelapan, dail jam mudah dibaca disebabkan paparan Chromalight jam ini. Kini, Explorer terdapat dalam saiz 36 mm - saiz model asal 1953 - serta dalam diameter 40 mm.
Rolex Explorer m124273-0001 - Chung Fatt Kee Rolex Explorer m124273-0001 - Chung Fatt Kee
Mengharungi keadaan ekstrem
Jam tangan dalam rangkaian Explorer terus berkembang untuk memenuhi keperluan para penjelajah, menjadi semakin kukuh dan boleh dipercayai. Explorer 36 boleh didapati dalam Oystersteel atau dalam versi Rolesor kuning. (menggabungkan Oystersteel dan emas kuning), manakala Explorer 40 diperbuat secara eksklusif dengan Oystersteel. Direka khas untuk Rolex, Oystersteel ialah aloi unik dengan sifat antikakisan yang cemerlang.

Model-model ini dipasangkan rantai Oyster, rantai pautan tiga keping yang terkenal dengan ciri keteguhan. Bercirikan kancing keselamatan lipat Oysterlock yang direka bentuk dan dipatenkan Rolex, yang menghalang daripada terbuka tanpa sengaja, ia juga dilengkapi dengan sambungan pemanjangan keselesaan Easylink yang dibangunkan oleh Rolex, dan ini membolehkan pemakai mengubah kepanjangan rantai dengan mudah sehingga kira-kira 5 mm.
Rolex Explorer - Chung Fatt Kee Rolex Explorer - Chung Fatt Kee
Kaliber 3230
Explorer 36 dan Explorer 40 dilengkapi kaliber 3230, sebuah gerakan mekanikal automatik yang dibangunkan dan dihasilkan sepenuhnya oleh Rolex. Sebagai hasil teknologi handalan, mekanisme ini memiliki beberapa paten. Kaliber ini menawarkan prestasi yang menakjubkan terutamanya dari segi ketepatan, rizab kuasa, kemudahan serta kebolehpercayaan.
Superlative Chronometer Pensijilan - Chung Fatt Kee Superlative Chronometer Pensijilan - Chung Fatt Kee
Superlative Chronometer Pensijilan
Explorer dilindungi oleh pensijilan Superlative Chronometer. Perakuan eksklusif ini dikeluarkan untuk setiap jam tangan yang meninggalkan bengkel Rolex serta membuktikan prestasi cemerlang di pergelangan tangan. Pensijilan dalaman ini dikawal ketat oleh entiti Switzerland bebas yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa.

Status Superlative Chronometer dilambangkan oleh mohor hijau yang disertakan dengan setiap jam tangan Rolex berserta jaminan antarabangsa selama lima tahun.
Teruskan meneroka
Teruskan meneroka

Teruskan meneroka

Land-Dweller

Day-Date

Datejust

Lady-Datejust

Sky-Dweller

Oyster Perpetual

Air-King

GMT-Master II

Sea-Dweller

Submariner

Cosmograph Daytona

Yacht-Master

Yacht-Master II

Explorer

Explorer II

Deepsea

1908

Rolex Crown - Chung Fatt Kee