Sejarah Rolex kami
Kisah di sebalik Chung Fatt Kee benar-benar memberikan inspirasi.
Chung Lai Chan, adalah pendatang dari China
yang berlabuh di Sabah bersama seisi keluarganya berpasang niat untuk menjalinkan hubungan perniagaan. Kerja
keras serta dedikasinya membuahkan hasil dari memerankan tanggungjawab hanya sebagai pekerja di sebuah
kedai jam kecil, Chung Lai Chan berjaya mendirikan perniagaan Chung Fatt Kee langsung mekar menghijau
sehingga ke hari ini. Kini perusahaan famili ini dikendalikan oleh generasi kedua dan ketiga, lantas peruncit jam
tangan mewah ini tidak jemu menerujakan para pelanggannya dengan memaparkan pilihan jam tangan Rolex yang
meluas. Sekali gus, mereka mendidik serta berkongsi pengetahuan produk teknikal yang mendalam bersama para
pemuja dan peminat jam tangan sedunia.
Titik Permulaan
Pada tahun 1936, Chung Lai Chan mengembara dari Wilayah Zijin di Guangdong, China ke Sabah, Malaysia bersama keluarganya. Kemudian, anak muda berusia
11 tahun itu menetap di Sandakan, sekitar 330km dari Jesselton yang hari ini dikenali sebagai Kota Kinabalu. Di sana, pemuda ini tekun membanting tulang
sebagai buruh lalu mula menabung dengan memasang harapan untuk mendirikan perusahaannya sendiri. Semasa penjajahan Jepun, Chung berpindah ke Kudat,
yakni sebuah bandar kecil di hujung pulau Borneo dan bekerja di sebuah kedai jam tangan kecil bernama Chung Lin Kee. Langsung, pemuda ini berpeluang untuk
menimba ilmu serta mengumpulkan kemahiran asas pembuatan jam tangan selama beberapa tahun. Pada tahun 1946, berbekalkan ilmu kemahiran membuat jam
tangan, Chung beralih angin ke Jesselton lantas mendirikan Chung Fatt Kee. Di mana, merupakan sebuah kedai kecil yang melaksanakan pembaikan serta
penyelenggaraan jam tangan yang mengambil lokasi di Jalan Gaya berseberangan Stesen Keretapi dan Signal Jesselton.
Perniagaan Chung Lai Chan bermula secara kecilan dengan hanya berpunya seorang pembantu. Namun, ketekunan Chung Fatt Kee melayani penduduk sekitar bandar Jesselton mengaut keuntungan. Terutamanya yang bekerja sebagai buruh kerana sekumpulan buruh ini bertandang membeli jam tangan darinya. Chung Fatt Kee hanya memulakan hubungannya bersama Rolex sewaktu mula memperkenalkan jam tangannya dalam pasaran pada tahun 1958. Demikian, pada tahun 1960, butik asalnya berpindah alamat ke 55 Jalan Pantai yang memiliki ruang butik seluas 1,500 kaki persegi bersebelahan dengan perniaga kecil lainnya di kawasan yang cukup berpontensi.

Chung Fatt Kee Hari Ini
Selama beberapa dekad, perniagaan Chung Fatt Kee kian mekar menghijau. Skala perusahaannya diperluaskan dengan menawarkan kepelbagaian jam tangan Rolex.
Secara tidak langsung, mengalirkan haluan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi. Pada tahun 1997, perjanjian kontrak sewa butik di 55 Jalan Pantai berakhir, melantarkan
Chung Fatt Kee beranjak ke 11 Jalan Pantai. Perniagaan ini kekal di sana untuk dekad berikutnya, berjaya memperoleh kepercayaan dari para pelanggannya lantas
membangkitkan tumpuan pelanggan yang cukup besar. Hanya pada tahun 2007, Chung Fatt Kee berpindah ke unit bernombor 13 Jalan Pantai, langsung menjadi kediaman
tetapnya. Kala itu, peruncit jam tangan ini beroperasi di lokasi yang sama terus menjalani pengubahsuaian pada tahun 2017, mengilustrasi dedikasi dengan menegakkan
standard yang cemerlang seperti yang dikenali menerusi jam tangan Rolex.
Berbekalkan kepimpinannya yang kini dipimpin oleh generasi kedua dan ketiga, Chung Fatt Kee memperhatikan masa depan dengan memetakan harapan. "Kami tidak berhasrat untuk menjadi yang terbesar, tetapi melaksanakan dengan sepenuh upaya dan kemampuan kami,” visi kepercayaan legasi Chung. Tatkala mengemudi masa depan, perusahaan famili ini terus mengukuhkan kedudukannya sebagai Peruncit Rasmi Rolex. Para staf jualannya tidak jemu mengikuti perkembangan trend jam tangan terkini lalu berbesar hati dengan reputasi kualiti dan kepakaran yang tiada tandingannya. Bukan saja, dapat melihat dan menikmati berbagai pilihan jam tangan Rolex dalam persekitaran yang elegan, mewah dan luas, para pelanggan Chung Fatt Kee turut sama mendapat jaminan servis selepas jualan yang memuaskan. Sama seperti perhatian yang mendalam terhadap perincian bagi memelihara jam tangan Rolex anda di Pusat Servis. Staf-staf ini dilatih lalu berpunya kemahiran yang tinggi dengan pengetahuan teknikal serta peralatan khas, bagi menjamin keaslian setiap komponen jam tangan Rolex anda.
Perikatan yang tersohor antara Rolex dan Chung Fatt Kee sudah lama terjalin. Kerjasama antara keduanya terus akrab bersahabat selama lebih 60 tahun dan perkongsian ini dilihat berterusan lagi berkembang. Berbekalkan kepercayaan dan dedikasi yang sama bagi mempertahankan inti pati Rolex, perkongsian ini telah bercambah dari menjadi sahabat, lantas berpegang teguh pada persefahaman serta menjunjung minat yang mendalam terhadap ketukangan pembuatan jam tangan. Chung Fatt Kee dengan penuh bangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex di seluruh dunia.