Rolex
Sky-Dweller
42 mm, emas Everose 18 karat
M336235-0003
M336235-0003
Rujukan
336235
Penutup model
Oyster, 42 mm, emas Everose
Kalis-air
Kalis air hingga 100 meter / 330 kaki
Bezel
Ring Command Rolex berjejalur, boleh putar dwiarah
Dail
Putih terang
Rantai
Oysterflex
Mekanisme
Perpetual, mekanikal, automatik, dua zon masa, kalendar tahunan
Kaliber
9002, buatan Rolex
Rizab kuasa
Lebih kurang 72 jam
Pensijilan
Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Rantai Oysterflex
Rantai Oysterflex Sky-Dweller baharu yang dibangunkan oleh Rolex dan dipatenkan, menawarkan gaya alternatif untuk rantai logam. Rantai ini melekat pada penutup jam tangan dan Oysterclasp menggunakan bilah titanium dan aloi nikel yang mudah lentur. Bilah ini disepadukan dengan elastomer hitam berprestasi tinggi yang sangat tahan terhadap kesan alam sekitar, sangat tahan lama dan bersifat lengai bagi pemakai jam tangan. Untuk meningkatkan keselesaan, bahagian dalam rantai Oysterflex dilengkapi dengan sistem kusyen membujur yang dipatenkan yang menstabilkan jam tangan pada pergelangan tangan dan dipasang dengan Oysterclasp Emas Everose 18 karat. Rantai ini juga bercirikan sistem sambungan Glidelock Rolex yang direka oleh Rolex dan dipatenkan. Mekanisme bergigi inventif yang disepadukan di bawah pengancing ini membolehkan pelarasan halus bagi panjang rantai sebanyak kira-kira 15 mm dengan peningkatan sekitar 2.5 mm tanpa menggunakan alatan.
Emas Everose 18 karat
Untuk memelihara keanggunan jam tangan emas merah jambu, Rolex telah mencipta dan mempatenkan aloi emas merah jambu 18 karat yang dihasilkan di faundri sendiri: Emas Everose. Diperkenalkan pada tahun 2005, emas Everose 18 karat digunakan di semua model Rolex Oyster dalam emas merah jambu.
Permukaan putih terang
Segi tiga merah terbalik yang tetap pada permukaan menunjuk ke masa rujukan yang dipilih – masa di rumah atau di tempat kerja biasa pengembara – di atas cakera 24 jam di luar pusat. Sekilas pandang, paparan 24 jam ini jelas membezakan jam waktu siang dengan jam waktu malam dalam zon masa yang lain. Permukaan itu kini mempunyai penanda jam indeks segi empat tepat dan jarum yang lebih panjang, serta paparan Chromalight dengan pendarkilau yang tahan lama untuk meningkatkan keterbacaan. Satu segi empat tepat yang dalam berwarna merah pada satu daripada 12 tetingkap di sekitar permukaan menunjukkan bulan semasa dan ini merupakan satu ciri kalendar tahunan Saros yang menyerlah. Mekanisme cerdas ini memudahkan kehidupan pemakai jam tangan yang tidak lagi perlu memikirkan untuk melakukan pelarasan tarikh pada hujung bulan 30 hari. Kalendar tahunan memaparkan tarikh yang betul sepanjang tahun. Hanya satu pelarasan diperlukan – pada 1 Mac (Februari hanya mempunyai 28 atau 29 hari). Tarikh disambungkan ke masa tempatan dan berubah secara automatik mengikut zon masa tempatan pengembara.
Ketersediaan model
Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini.
Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas mengurus pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.
Chung Fatt Kee berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.
Teruskan meneroka
Teruskan meneroka