Pelayaran ke dalam dunia Rolex

Plak Peruncit Rasmi Rolex - Chung Fatt Kee
Rolex Dunia Rolex Pelayaran ke dalam dunia Rolex
Pelayaran ke dalam dunia Rolex
Hans Wilsdorf benar-benar yakin akan kebolehan manusia untuk menginovasi dan menerpa kecemerlangan.


Diterbitkan pada April 9, 2024
Penilaian Jam Tangan - Chung Fatt Kee Penilaian Jam Tangan - Chung Fatt Kee
Lebih daripada 100 tahun selepas penciptaan jenama, falsafah pengasas kini lebih menyerlah, daripada pembuatan jam tangan syarikat sehingga komitmennya di seluruh dunia.


“Tentangan yang saya hadapi begitu getir sekali.”


Komitmen untuk mencapai kecemerlangan
Sejak mula lagi, kisah Rolex berkisar tentang usaha memburu kesempurnaan dan harapan untuk menjangkaui batasan pencapaian.
Rolex Day-Date - Chung Fatt Kee Rolex Day-Date - Chung Fatt Kee
Ketika abad ke-20, seorang usahawan berwawasan yang berpusat di London berada di ambang kejayaan. Matlamatnya? Untuk memperkenalkan satu permukaan simbolik yang belum diketahui dalam dunia pembuatan jam tangan pada masa itu: Rolex. Satu nama baharu yang dicipta pada tahun 1908, yang menjadi salah satu jenama yang paling dihormati di dunia dalam beberapa dekad. Seperti yang diceritakan oleh Hans Wilsdorf dalam memoir tentang masa syarikatnya baru ditubuhkan, tentangan yang dihadapi pada awalnya begitu getir sekali.
Hans Wilsdorf - Chung Fatt Kee Hans Wilsdorf - Chung Fatt Kee
Usahawan ini bermula dari bawah, tetapi beliau memiliki kualiti yang tidak ternilai: visi, ketekunan dan kemampuan bekerja yang luar biasa. Sebagai anak yatim piatu pada usia 12 tahun, dengan hanya kesungguhan untuk mengatasi cabaran, Hans Wilsdorf mencipta jam tangan kalis air automatik pertama di dunia dengan rotor Perpetual – seutas jam tangan yang telah menjadi tanda aras dari segi kualiti dan prestij.
Jam Tangan Rolex - Chung Fatt Kee Jam Tangan Rolex - Chung Fatt Kee
“Terlalu rumit, terlalu rapuh, adaptasi yang buruk” – jam tangan tersebut disambut dengan sinis. Namun, berbekalkan kepercayaannya, Hans Wilsdorf berjaya mencapai objektif beraninya untuk mencipta jam tangan Rolex – Oyster Perpetual – sebagai lambang jam tangan kalis air: tepat, teguh dan mampu bertahan dalam semua keadaan. Namun, beliau bukan sekadar seorang pemimpin berwawasan yang menerapkan ciri teknikal dan estetik asas pada jam tangan Rolex. Usaha berterusannya untuk memburu kesempurnaan disertai dengan kemurahan hati yang mendalam dan kepercayaan yang tidak goyah terhadap potensi manusia.
Rolex Datejust M126231-0016 - Chung Fatt Kee Rolex Datejust M126231-0016 - Chung Fatt Kee
Menyatukan kepakaran
Sebuah syarikat bersepadu dan bebas, Rolex mempunyai sumber pembuatan yang merangkumi pelbagai kemahiran dan pengetahuan. Pembuat jam tangan, jurutera, pereka dan pakar lain bekerjasama rapat daripada reka bentuk hingga pembuatan jam tangan. Budaya syarikat Rolex dibina berdasarkan nilai-nilai kemanusiaan yang meletakkan kepakaran dan kemahiran insani sebagai fokus dalam setiap kerja Rolex.

Rolex menyediakan pelbagai kerjaya, direalisasikan oleh para pekerja yang pakar dalam bidang mereka. Syarikat ini mempunyai kawalan penuh ke atas komponen penting syarikat daripada pemilihan aloi emas kepada pemesinan, pengemasan dan pemasangan mekanisme, penutup, elemen permukaan dan rantai serta penetapan permata. Pengetahuan jenama juga tersedia di seluruh dunia hasil daripada rangkaian perkhidmatan selepas jualan yang luar biasa.
Penilaian Jam Tangan - Chung Fatt Kee Penilaian Jam Tangan - Chung Fatt Kee
Untuk memastikan kepakaran Rolex terus wujud pada masa hadapan, Rolex mempunyai Pusat Latihan sendiri yang unik. Dikhususkan untuk mengejar kecemerlangan dan melatih pekerja, pusat yang terletak di Geneva ini menawarkan latihan kepada pekerja dan membimbing para perantis. Matlamat syarikat ini adalah untuk menyampaikan kemahiran dan pengetahuan yang unggul kepada generasi muda.
Penilaian Jam Tangan - Chung Fatt Kee Penilaian Jam Tangan - Chung Fatt Kee
Jam tangan tidak seperti yang lain
Koleksi Oyster Perpetual dibina atas kejayaan model Oyster asli yang dipatenkan dan dilancarkan pada tahun 1926. Sebagai jam tangan kalis air pertama di dunia, model ini berperanan sebagai perintis dalam pembangunan jam tangan moden. Selama bertahun-tahun, Oyster ialah peneraju pelbagai inovasi yang membanggakan – seperti ciri automatik melalui penggunaan rotor Perpetual (1931) – yang menjadi identiti model dalam koleksi dan menempa reputasi Rolex dalam mengejar kecemerlangan, yang meletakkan ketepatan kronometri dan kebolehpercayaan sebagai asas.
Rolex Watch - Chung Fatt Kee Rolex Watch - Chung Fatt Kee
Lama-kelamaan, Oyster berkembang menjadi koleksi jam tangan yang menyatukan fungsi baharu dan teknologi inovatif. Semua model berkongsi ciri-ciri asas dan identiti visual yang kuat. Kini koleksi ini terdiri daripada 12 jenis yang dibahagikan kepada dua kategori: Jam tangan Klasik seperti Datejust dan Day-Date, dan jam tangan Profesional, termasuk Explorer dan
GMT-Master II.

Sebagai perintis jam tangan, Rolex menjadi titik mula untuk pelbagai inovasi utama dalam industri pembuatan jam tangan dan telah memfailkan lebih daripada 600 paten sepanjang penubuhan syarikat.
Lama-kelamaan, Oyster berkembang menjadi koleksi jam tangan yang menyatukan fungsi baharu dan teknologi inovatif. Semua model berkongsi ciri-ciri asas dan identiti visual yang kuat. Kini koleksi ini terdiri daripada 12 jenis yang dibahagikan kepada dua kategori: Jam tangan Klasik seperti Datejust dan Day-Date, dan jam tangan Profesional, termasuk Explorer dan GMT-Master II.

Sebagai perintis jam tangan, Rolex menjadi titik mula untuk pelbagai inovasi utama dalam industri pembuatan jam tangan dan telah memfailkan lebih daripada 600 paten sepanjang penubuhan syarikat.
Rolex Explorer M226570-0001 - Chung Fatt Kee Rolex Explorer M226570-0001 - Chung Fatt Kee
Rolex Datejust M126234-0051 - Chung Fatt Kee Rolex Datejust M126234-0051 - Chung Fatt Kee
Rolex Datejust
Tarikh yang terpahat
Teruskan meneroka
Teruskan meneroka
Rolex Crown - Chung Fatt Kee