Rolex
Explorer 40
40 mm, Oystersteel
M224270-0001
M224270-0001
Rujukan
224270
Penutup model
Oyster, 40 mm, Oystersteel
Kalis-air
Kalis air hingga 100 meter / 330 kaki
Bezel
Licin
Dail
Hitam
Rantai
Oyster, pautan tiga keping padat
Mekanisme
Perpetual, mekanikal, automatik
Kaliber
3230, Buatan Rolex
Rizab kuasa
Lebih kurang 70 jam
Pensijilan
Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Permukaan hitam
Permukaan ialah wajah yang unik bagi jam tangan Rolex, iaitu ciri yang paling mencerminkan identiti dan kebolehbacaan. Ciri model Explorer iaitu angka 3, 6 dan 9 diisi dengan bahan pendarkilau yang memancarkan cahaya biru yang tahan lama, seperti penanda dan jarum jam. Sepertimana kesemua jam tangan Rolex, permukaan Explorer 40 direka dan dihasilkan sendiri secara dalaman, kebanyakannya menggunakan tangan untuk memastikan kesempurnaan.
Bezel Halus
Oyster Perpetual Explorer 40 menerapkan semangat yang segar pada garisan polos lagi rapi yang telah lama menjadikan model ini ikonik. Bezel yang licin pada Oystersteel adalah kukuh lagi elegan, dan begitu serasi dengan warisan Explorer yang ikonik.
Oystersteel
Rolex menggunakan Oystersteel untuk penutup jam tangan keluli. Direka khas oleh Rolex, Oystersteel tergolong dalam keluarga keluli 904L, iaitu aloi yang paling biasa digunakan dalam teknologi tinggi dan industri ruang angkasa serta kimia, di mana rintangan maksimum terhadap kakisan adalah penting. Oystersteel sangat tahan dan ia menawarkan kemasan luar biasa apabila digilap dan mengekalkan kilauan walaupun dalam persekitaran yang paling sukar.
Ketersediaan model
Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini.
Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas mengurus pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.
Chung Fatt Kee berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.
Teruskan meneroka
Teruskan meneroka